Wednesday 20 February 2013

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA MASUK SURAT KHABAR

 
 
Pada 31 Januari 2013,Utusan Malaysia telah mengeluarkan akbar tentang kedatangan sekolah daripada Jepun yand diberi nama Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School dari Jepun, mereka telah datang ke SMK Seksyen 4 Kota Damansara dan sambutan ini telah dipaparkan di sudut ADaP.
Sambutan ini telah menaikan nama Smk Seksyen 4 Kota  Damansara ke persada Malaysia,jika anda terlepas membacanya kami telah menyediakan keratan akbar khas kepada pembaca.
 
 
WARGA SMK Seksyen 4 Kota Damansara meraikan kehadiran delegasi Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School Jepun di sekolah itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Keramahan guru, pelajar tarik minat sekolah jepun
31 Jan 2013, 10:30 AM | Berita Sekolah

SIKAP warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 4 Kota Damansara yang ramah dan bersopan terbukti memberi imej positif di peringkat global sehingga menarik minat pelajar Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School dari Jepun untuk melawat sekolah itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seksyen 4 Kota Damansara, Azriza Aziz, mereka mendapat tahu mengenai keramahan dan perilaku sopan pelajar serta guru sekolah ini melalui wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jepun yang pernah berkunjung ke situ.
``Wakil NGO terbabit menceritakan mengenai keramahan pelajar dan guru sekolah ini kepada mereka sewaktu berkunjung ke sini dan disebabkan itu, Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School Jepun mahu melihat sendiri kebenaran cerita berkenaan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada lawatan tersebut baru-baru ini.
Dalam lawatan itu, delegasi 50 pelajar dan guru dari negara matahari terbit itu disambut meriah dengan persembahan kebudayaan dan pelbagai aktiviti permainan tradisional.
Pelajar Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School Jepun turut mengambil kesempatan mempersembahkan acara tradisional masyarakat mereka iaitu membuat teh untuk tetamu istimewa yang disediakan kepada pelajar serta guru sekolah berkenaan.
Selain itu, ujar Azriza, walaupun pertama kali berjumpa namun pelajar kedua-dua sekolah mempamerkan persahabatan yang akrab menerusi acara dan aktiviti yang dilaksanakan.
``Pihak sekolah berasa bangga kerana terpilih untuk dikunjungi oleh sekolah tersebut dalam lawatan mereka ke negara ini,’’ katanya.





MURID SMK Seksyen 4 Kota Damansara bermain congkak dengan rakan baharunya dari Jepun yang membuat lawatan ke sekolah itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

PELAJAR dari Jepun mencuba tarian tradisional tempatan dengan tunjuk ajar murid SMK Seksyen 4 Kota Damansara di sekolah itu baru-baru ini.
 

No comments:

Post a Comment