Saturday 2 March 2013

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BM (PMR & SPM)


SMKS4KD 29 Jan. – Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan bengkel teknik menjawab BM PMR dan SPM pada hari tersebut. Bengkel ini telah dijayakan oleh En. Thuraiveloo A/L Ooslappan dari Fajar Bakti. Semua pelajar yang menghadiri bengkel tersebut tertarik oleh teknik menjawab yang diperkenalkan oleh beliau.

Pelajar khusyuk mendengar teknik menjawab peperiksaan daripada penceramah


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


SMKS4KD 25 Jan.- Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada tarikh tersebut. Ceramah oleh Ustaz Mohd Khairul Azwan bin Radin Ismail bermula pada pukul 9 pagi dan ber- akhir pada pukul 10 pagi. Di samping itu, aktiviti seperti pertandingan melukis mural dan kuiz telah diadakan.

Pelajar-pelajar sedang berselawat kepada junjungan 
          Nabi Muhammad s.a.w.



GOTONG-ROYONG PERDANA


SMKS4KD 19 Jan. – Gotong-royong Perdana diadakan untuk tujuan menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar SMKS4KD di bawah pemantauan guru-guru telah ditugaskan untuk menghiasi dan membersihkan kelas. Di samping itu, sebahagian pelajar ditugaskan untuk melukis mural manakala sebahagian lagi diberikan tugas menanam pokok bunga di tempat-tempat yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah.

Pelajar-pelajar sedang menanam pokok-pokok bunga    
         di hadapan Surau al-Falah.





KURSUS SEHARI KOKURIKULUM


SMKS4KD 19 Jan – Kursus Sehari Kokurikulum diadakan pada hari yang sama dengan Gotong-royang Perdana. Pelajar yang terlibat terdiri daripada AJK tertinggi setiap kelab/persatuan/permainan dan unit beruniform. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Pelajar sedang mendengar taklimat yang diberikan


MAJLIS AKU JANJI TINGKATAN 3


SMKS4KD 18 Jan. – Majlis ini diadakan untuk semua pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Program ini diadakan pada pukul 10.30 pagi. Datin Hjh Zuraidah bt Hj Mohamad selaku Pengetua Cemerlang DG54, Penolong Kanan dan semua guru mata pelajaran turut menghadiri majlis tersebut. Selain menyuntik semangat, Penolong Kanan Pn. Noraini bt Omar memaklumkan pelajar-pelajar program-program yang bakal dianjurkan untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tingkatan 3.

Pelajar sedang menandatangani aku janji.


MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM


SMKS4KD 15,16 & 17 Jan. – Mesyuarat Agung Rumah Sukan, Unit Beruniform dan Persatuan/Kelab diadakan pada tarikh-tarikh tersebut. Pelantikan AJK dan perancangan aktiviti tahunan telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut.

Pemilihan jawatankuasa sedang dijalankan.



PROGRAM MAJU DIRI


SMKS4KD 7 - 31 Jan. – Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sepanjang 7 kesesuaian dan keperluan pelajar yang berbeza tingkatan. Pelajar-pelajar tingkatan 1 diberi pendedahan tentang lagu sekolah, visi dan misi sekolah serta peraturan sekolah ini. Pelajar-pelajar tingkatan lain pula diberi pendedahan teknik belajar yang berkesan, persediaan menghadapi peperiksaan Januari hingga 31 Januari 2013 untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4. Program ini dirancang mengikut tingkatan serta motivasi yang perlu untuk menghadapi cabaran yang bakal menanti.

Pelajar tekun mendengar ceramah yang diberikan



MAJLIS PERSARAAN PN. NORIYATI BINTI ISMAIL


SMKS4KD 10 Jan. – Warga SMKS4KD meraikan persaraan Puan Noriyati bt Ismail pada hari tersebut. Puan Noriyati merupakan Penolong Kanan SMKS4KD sejak tahun 2003. Beliau telah banyak menaburkan  jasa dan mencurahkan bakti untuk membangunkan sekolah ini. Segala sumbangan, nasihat dan semangat yang diberikan oleh beliau akan dikenang oleh semua warga sekolah buat selama-lamanya.


Puan Noriyati Ismail diarak menuju ke Anjung      
    Semarak Minda.

Persembahan tarian zapin daripada pelajar sempena persaraan Pn. Noriyati Ismail.

Wednesday 20 February 2013

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA MASUK SURAT KHABAR

 
 
Pada 31 Januari 2013,Utusan Malaysia telah mengeluarkan akbar tentang kedatangan sekolah daripada Jepun yand diberi nama Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School dari Jepun, mereka telah datang ke SMK Seksyen 4 Kota Damansara dan sambutan ini telah dipaparkan di sudut ADaP.
Sambutan ini telah menaikan nama Smk Seksyen 4 Kota  Damansara ke persada Malaysia,jika anda terlepas membacanya kami telah menyediakan keratan akbar khas kepada pembaca.
 
 
WARGA SMK Seksyen 4 Kota Damansara meraikan kehadiran delegasi Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School Jepun di sekolah itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Keramahan guru, pelajar tarik minat sekolah jepun
31 Jan 2013, 10:30 AM | Berita Sekolah

SIKAP warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 4 Kota Damansara yang ramah dan bersopan terbukti memberi imej positif di peringkat global sehingga menarik minat pelajar Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School dari Jepun untuk melawat sekolah itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seksyen 4 Kota Damansara, Azriza Aziz, mereka mendapat tahu mengenai keramahan dan perilaku sopan pelajar serta guru sekolah ini melalui wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jepun yang pernah berkunjung ke situ.
``Wakil NGO terbabit menceritakan mengenai keramahan pelajar dan guru sekolah ini kepada mereka sewaktu berkunjung ke sini dan disebabkan itu, Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School Jepun mahu melihat sendiri kebenaran cerita berkenaan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada lawatan tersebut baru-baru ini.
Dalam lawatan itu, delegasi 50 pelajar dan guru dari negara matahari terbit itu disambut meriah dengan persembahan kebudayaan dan pelbagai aktiviti permainan tradisional.
Pelajar Hyogo Kenritsu Akashi Jyosai High School Jepun turut mengambil kesempatan mempersembahkan acara tradisional masyarakat mereka iaitu membuat teh untuk tetamu istimewa yang disediakan kepada pelajar serta guru sekolah berkenaan.
Selain itu, ujar Azriza, walaupun pertama kali berjumpa namun pelajar kedua-dua sekolah mempamerkan persahabatan yang akrab menerusi acara dan aktiviti yang dilaksanakan.
``Pihak sekolah berasa bangga kerana terpilih untuk dikunjungi oleh sekolah tersebut dalam lawatan mereka ke negara ini,’’ katanya.





MURID SMK Seksyen 4 Kota Damansara bermain congkak dengan rakan baharunya dari Jepun yang membuat lawatan ke sekolah itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

PELAJAR dari Jepun mencuba tarian tradisional tempatan dengan tunjuk ajar murid SMK Seksyen 4 Kota Damansara di sekolah itu baru-baru ini.
 

Tuesday 19 February 2013

Tentang SMK Seksyen 4 Kota Damansara


Sejarah Sekolah

SMK Seksyen 4 Kota Damansara dibuka oleh  Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM iaitu Pn.Noriyati bt Ismail dan En.Husain bin Ayob pada 9 Jun 2003.Pada tarikh yang sama majlis suai kenal yang ringkas diadakan bagi pendaftaran kumpulan pertama pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua.Mereka merupakan pelajar-pelajar yang sebelumnya bersekolah di SMK Seksyen 10 Kota Damansara,SMK Taman Medan dan SMK Taman Dato’ Harun yang berjumlah 62 orang semuanya.

        
Pengurusan pentadbiran berjalan lebih lancar apabila Pengetua, Encik K. Sivanesen melapor diri pada 25 September 2003. Pn. Zurina bt Atan melengkapkan jumlah pentadbir apabila beliau melapor diri sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada 1 Oktober 2003.Sehingga hujung tahun 2003,jumlah tenaga pengajar adalah 15 orang,anggota kumpulan sokongan  (AKS) seramai 5 orang dan pelajar-pelajar berjumlah 124 orang.


Pada 16 September 2006, En. K Sivanesen telah bersara wajib. Jawatan Pengetua didisi oleh Pn. P. Vasuthevan pada 1 November 2006. Sungguhpun demikian, usia perkhidmatan beliau tidak lama di sini setelah beliau mendapat arahan untuk bertugas di sekolah lama beliau bagi menggantikan Pengetua yang bersara pada 1 April 2007. Pada tahun yang sama, SMK Seksyen 4 Kota Damansara telah menerima Pengetua yang ketiga iaitu Pn. Hajah Salehah bt. Mohd. Amin.


Setelah menjangkau usia 4 tahun pada tahun 2007, jumlah pelajar pada hujung tahun ialah seramai 1607 orang, guru seramai 87 orang dan AKS seramai 12 orang. Pertambahan pelajar secara mendadak menyebabkan sekolah beroperasi secara dua sesi dengan Pn. Mariyamah bt. Ali Osman dilantik sebagai Penyelia Petang.


Pada tahun 2008, setelah Pn.Mariyamah bt. Ali Osman dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Seksyen 18 Shah Alam, Pn. Aliah bt. Ngah Tasir telah dilantik menggantikan tempat beliau dengan jawatan Penolong Kanan Petang. Jumlah pelajar turut bertambah ke angka 1776 pada hujung tahun 2008. Staf akademik turut bertambah iaitu 104 orang guru terlatih dan kekurangan guru telah ditampung oleh 5 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menjadikan jumlah staf akademik keseluruhan seramai 109 orang. AKS berkurangan menjadi 11 orang sahaja.


Dari segi pembangunan fizikal sekolah, Pn. Hajah Salehah bt. Mohd. Amin, selaku Pengetua telah Berjaya mendapatkan sumbangan kewangan daripada beberapa pihak dan dengan kerjasama PIBG, pagar berbatu telah dibina bagi menggantikan pagar berdawai. Pentas terbuka di Dataran Harmoni turut dibina untuk kemudahan semua warga sekolah.


Dari segi akademik, pencapaian di peringkat menengah rendah masih lagi sederhana manakala diperingkat menengah atas, keputusan 85.5% dalam SPM 2006 bagi kohort yang pertama adalah membanggakan. Peningkatan terus dicapai dengan keputusan 91.2% bagi kohort kedua dalam SPM 2007. Sekolah ini juga boleh berbangga dengan pencapaian dalam bidang kokurikulum. Kejayaan pasukan ragbi, bola sepak dan taekwondo dalam banyak pertandingan, telah mengharumkan nama sekolah. Semoga SMK Seksyen 4 Kota Damansara akan terus mencatatkan sejarah manis dan seterusnya Berjaya mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. 

     
Moto Sekolah:Berilmu Bersusila 


Misi:Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti


Visi:Sekolah unggul penjana generasi terbilang


Lencana Sekolah:
Lencana sekolah ini merupakan idea bersama sebelas orang guru yang mula-mula mengajar pada masa sekolah bari dibuka. Lakaran dasar lencana sekolah dihasilkan oleh Encik Abdullah bin Shahdan, seorang arkitek dan suami kepada Pn. Baini Md. Ghani (guru di sekolah ini). Lakaran asal lencana ini kemudiannya dimurnikan dan diubah suai oleh guru-guru dan pengetua sekolah.


 



  Lencana SMK Seksyen 4 Kota Damansara


 Lagu Sekolah

LAGU SEKOLAH(Berilmu Bersusila)




Kita bersama berpadu tenaga

Murid dan guru seia sekata
Amaln murni itulah budaya
Amanah berhemah sentiasa dijiwa

(Korus)Smk Seksyen 4, Kota Damansara 
Menjadi tunggak wawasan negara
Smk Seksyen 4, Kota Damansara 
Pewaris bangsa dipandang mulia

Sahsiah dijunjung ilmu dijulang
Warga disanjung, sekolah terbilang
Azam dan tekad, penyuluh semangat 
Usaha gigih, mendapat berkat
(Ulang Korus)

Ciptaan: Bakhtiar Mohd.Salleh

Lirik: Noriyati Ismail